follow green turtle!!!

it's me miss green turtle!!!

Saturday, 29 October 2011

Rahsia Lelaki Mengikut 4 unsur :D

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana. 

Monday, 24 October 2011

Bila Perempuan Menangis

Pernahkan anda
tertanya-tanya kenapa
seorang perempuan
menangis hanya kerana
seorang lelaki?

Mungkin
sebab anda sudah
terbiasa dengan auta
bahawa perempuan
memang suka menangis...
Seorang perempuan
takkan menangis dengan
mudah, tetapi hanya
apabila dia mula
menyintai anda, dia mula
merendahkan egonya
untuk anda semata-mata

kerana anda.... ...
Apabila dia menangis di
hadapan anda,
Apabila dia menangis
kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan
apa yang dia rasa?

Pernahkah anda CUBA
untuk memahami apa
yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia
menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan
kerana dia lemah,
Dia menangis bukan
kerana dia kasihan atau
simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi
mampu untuk menangis
didalam hati,
Kesedihan yang
dirasainya menjadi
semakin berat untuk
disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk
berfikir,
Jika si dia menangis
hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba
masanya anda fikir
kembali di mana silap
anda,
Kerana hanya anda tahu
jawapannya.
Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu
lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat
untuk mengucapkan
“maafkan saya…”

Guys, kalau seorang
perempuan menangis
kerana anda, janganlah
anda membiarkan dia
menangis keseorangan.
Beradalah disisi dia,
menemani dia, kerana
dialah yang akan setia
dengan anda sehingga
akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang
perempuan menangis
kerana anda, janganlah
anda meninggalkan dia
selagi dia masih
memerlukan anda.
Kerana anda akan
merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah
mengungkapkan rasa
cinta anda kepada
seorang perempuan
selagi anda belum benar-
benar yakin dan sedia
untuk bercinta. Kerana
anda hanya akan
membuatkan si dia
menangis dan
sengsara...Mudah bagi
seorang perempuan
untuk berpura-pura
melupakan cinta lamanya
terutama cinta pertama,
tetapi bukan mudah
untuk membuang parut
dalam jiwanya...

Sunday, 23 October 2011

GILR OH GIRL!!!

GIRL'S LANGUAGES :


if she don't text you:
- it is because she is waiting for u to text her
When she walks away from u mad:
- follow her
When she is quiet:
- ask her what is wrong
When she ignores u:
- give her your attention
When she pushes u away:
- pull her back
When u see she is crying:
- wipe her tears and ask what is wrong
When she says GO AWAY:
- just go close to her and hug her
< love never lied to us!<3