follow green turtle!!!

it's me miss green turtle!!!

Sunday, 9 October 2011

Ikatan Antara Kita!




aku amat menghargai persahabatan yang terjalin antara kita. aku amat menyayangi hubungan itu. kerana bagi aku itu adalah sesuatu yang amat indah yang berlaku pada kita semua. persabatan adalah satu pertalian yang akan kekal walau banyak halangan. atas dunia ini kita harus pandai memilih kawan yang sejati. pada aku persahabatan memerlukan kejujuran kerana itu lah benteng persahabatan yang kukuh. pada aku, kawan-kawan adalah mutiara dan cahaya dalam hidup aku. ke mana saja kita pergi, pasti ade kawan yang menanti kita walau di mana jua kita berada. ke mana saja kita pergi, kita memerlukan sekurang-kurangnya seorang kawan yang boleh membantu kita. persahabatan adalah satu pertalian tidak akan putus. hidup aku dipenuhi dengan pelbagai jenis persahabatan. aku teramat suka akan persahabatan. aku tidak pernah memilih untuk berkawan kerana aku sedar aku tidak sempura untuk memilih ape yang ALLAH S.W.T telah sediakan pada hamba-hambanya. dan aku bersyukur kerana Allah S.W.T telah memberi aku peluang untuk mengetahui adat bersahabat. dan tidak semua kawan kita sama dengan kita seperti pemikiran, percakapan, perbuatan dan pendirian  kerana Allah S.W.T jadikan hambanya berbeza2. jadi kita haruslah menghargai persahabatan kita yang telah terjalin. SAYA SAYANG SAHABAT2 SAYA :D

No comments:

Post a Comment